Sinopsis:Adam adalah anak kepada seorang bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.
Keranan kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.
Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.
Dia terbabit lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.
Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?
Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?
Wah wah wah! Target RM40 juta ?
memang tinggi kowt!
Memang keyakinan tu mmg tinggi
But semenjak citer ni ditayangkan sampai habisnya tarikh luput citer ni..
Kutipan citer 2 Alam ni telah mengutip sebanyak tidak sampai RM 1 juta pown !
Tak tahu kenapa , kutipan sebanyak RM0.23 juta jewk
Banyak media and penonton memberi komen terhadap citer 2 Alam ini
“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.
“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.
“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.
Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.
“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.
“Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja,” katanya.
Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.
“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.
“Selain terlalu banyak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,” ujarnya.





0 comments:
Catat Ulasan